|
Oleh kerana saya terlalu selesa dengan berbahasa Inggeris, anak-anak saya tidak mendapat pendedahan yang baik dalam Bahasa Melayu. Niat di hati hendak kononnya hanya berbahasa Melayu sekurang-kurangnya satu hari dalam seminggu. Ini menjadi satu jam dalam sehari, namun disiplin saya ke laut. Panik mula timbul bila saya lihat kedua anak saya yang paling kecil juga tidak dapat menguasai Bahasa Melayu jadi saya mengambil keputusan untuk membuka kelas dalam talian untuk mereka dan kawan-kawan yang berminat. Akhirnya, ini yang dapat saya lakukan dengan disiplin insyaAllah dan saya berharap untuk dapat meneruskannya sejauh mungkin. Adakah anda berminat untuk membantu anak anda memperbaiki penguasaan Bahasa Melayu mereka di rumah? Kelas-kelas dalam talian yang saya kendalikan ini bukan sahaja mempunyai buku latihan sendiri, tetapi juga panduan mengajar dan bahan talian yang samaada saya buat sendiri atau yang saya jumpai semasa melakarkan pelajaran. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang bahan-bahan ini, hubungi saya di borang dalam talian di laman sesawang ini. Di bawah adalah contoh bahan untuk peringkat tadika yang boleh dimuat turun.
Comments are closed.
|
AuthorA homeschooling mum who enjoys writing. This is where I share my thoughts and resources on learning.. Archives
June 2025
Categories |
||||||


