LEARNING REIMAGINED
  • About
  • Free Resources
    • Tadika >
      • Halaman Membaca
  • Bahasa Melayu
    • Menengah 1
  • English
  • Blog
  • Contact Us

Bahan pembelajaran bm peringkat menengah

5/4/2026

0 Comments

 
Semakin meningkat umur pelajar, semakin mencabar jadinya untuk menarik perhatian mereka berbahasa Melayu, biarpun jika hanya untuk diajak berbual. Malah, perbualan mungkin yang paling susah diajak berbincang dengan murid-murid yang mempelajari BM secara formal pada usia yang lebih lewat berbanding kanak-kanak lain atau yang datang dari kalangan keluarga dan masyarakat yang tidak berbahasa Melayu. 
Pada mulanya, saya mengajar BM secara dalam talian dengan matlamat melakukannya hingga ke darjah enam. Alhamdulillah, masih ada yang ingin belajar, jadi saya teruskan ke peringkat menengah satu. Agak terfikir sejenak juga apa yang hendak diajar, tak ada ilham hingga lambat ditulis bahan-bahan untuk peringkat ini. 
Kosa kata murid-murid pada peringkat ini lebih luas dan stabil. Mereka juga sudah boleh menjawab soalan kefahaman terbuka untuk bahan bacaan yang sesuai dan boleh menulis karangan dalam 200 perkataan dengan markah biasa dalam lingkungan 60 hingga 70 peratus. 
Jadi, bahan lebih tertumpu pada aplikasi dan tatabahasa di peringkat lebih tinggi. Membaca terus menjadi aspek penting dalam penguasaan BM. Malangnya, boleh dikatakan hampir semua murid-murid saya tidak membaca bahan bacaan BM. Untuk menyelesaikan masalah ini, selaras dengan hasrat mengadakan bahan bacaan untuk peringkat lebih rendah, kami akan mengeluarkan  bahan membaca untuk peringkat menengah secara berperingkat. 
Tumpuan lebih pada bahan non-fiksyen dan bila relevan, buku aktiviti berdasarkan bahan bacaan akan diadakan, insyaAllah. Bahan bacaan pertama, "Warkah Pelajar", kini siap untuk digunakan. 
0 Comments

menanam tabiat membaca

4/3/2026

 
Picture
   Mengajar anak-anak membaca ialah satu usaha yang seronok dan mendatangkan kepuasan. Bayangkan melihat anak- anak yang mulanya tidak mengenal huruf dapat membaca dengan lancar dan kemudian berupaya membaca buku-buku sastera dan jurnal ilmiah di kemudian hari. Setiap anak bagaimanapun ada caranya tersendiri dalam belajar membaca dan kita tidak harus tergesa-gesa dalam hal ini. 
   Kelima-lima anak-anak saya diajar membaca menggunakan kaedah Montessori dan Waldorf.
​Kaedah Montessori berdasarkan foniks dan antaranya menggunakan kad abjad kertas pasir, set abjad 3D, dan kad-kad membaca bertahap. Ini dilengkapkan dengan cara Waldorf yang meneroka setiap abjad melalui kraf dan cerita. 
   Selain itu, kami sering ke perpustakaan dan di rumah mereka selalu dikelilingi buku. Suasana Montessori yang bebas berbual juga memudahkan pembelajaran membaca, walaupun ini tidak relevan untuk kami yang bersekolah di rumah kerana boleh berbual bila-bila masa sahaja.
    Mengikut Montessori anak-anak boleh diajar membaca dari umur 3 tahun. Namun, sebagai guru sendiri pada anak-anak yang sekolah di rumah, kita boleh mengikut kesediaan anak-anak itu sendiri. Kebolehan membaca bermakna berupaya menyuarakan abjad kepada perkataan yang digabungkan menjadi ayat yang membawa makna pada pembaca. Anak-anak saya mula membaca antara sebelum 4 tahun dan selepas 7 tahun. 
     Saya tidak secara langsung mengajar Bahasa Melayu semasa mengajar membaca. Ini satu perkara yang saya kurang prihatin semasa mengajar anak-anak di rumah. Mereka hanya belajar Bahasa Melayu secara teratur dalam umur tujuh hingga sembilan tahun. Penggunaan abjad Bahasa Inggeris mempermudahkan pembelajaran membaca dalam Bahasa Melayu dan anak-anak boleh sahaja membaca dengan kebolehan dari Bahasa Inggeris. 
        Namun kelemahan yang saya nampak dalam anak-anak yang belajar membaca dalam Bahasa Melayu lewat ialah petuturan yang berloghat Inggeris serta pembahagian suku kata yang salah.  Tentunya mereka tidak selancar seperti dalam Bahasa Inggeris. Juga tahap pemahaman bacaan mereka lebih rendah berbanding mereka yang membesar dengan suasana perbualan dan tabiat membaca dalam Bahasa Melayu. 
    Untuk mempermudahkan pengajaran membaca Bahasa Melayu untuk pelanggan, Learning Reimagined akan mengeluarkan buku secara berperingkat untuk murid-murid dalam bentuk "flipbook". Jika anda hanya ingin mendapatkan set membaca dalam bentuk pdf, anda boleh ke akaun Learning Reimagined  di TeachersPayTeachers.

Pengasas, 
Learning Reimagined
         
      

Terbaru untuk bulan mac

3/8/2026

0 Comments

 
Bulan Ramadan hampir pergi meninggalkan kita, namun rasanya belum terlewat untuk mengucapkan Ramadan Kareem kepada semua. Alhamdulillah, Ramadan selalunya bulan yang paling produktif di sini dan kami telah menambah dua permainan Wordwall, yakni-

1. Kosa Kata ‘Fesyen’ untuk darjah lima
2. Kosa Kata ‘Di Rumah’ untuk darjah empat

Selain itu, buku pertama untuk Darjah 1, Cuaca, sudah disunting kembali dengan teks dan susunan yang lebih baik. 

Diharapkan tambahan dan pembaharuan ini bermanfaat. Kesemua produk ini hanya untuk pelanggan sesawang. Jika anda belum melanggani Kurikulum Bahasa Melayu kami, hantarkan e-mel segera untuk mendapat akses kepada bahan-bahan selain bahan Tadika. 

Salam Ikhlas, 
​Umm Ihsan


0 Comments
<<Previous

    Author

    A retired homeschooler archiving old resources and researching new ones.

    Archives

    May 2026
    April 2026
    March 2026
    June 2025
    July 2024
    May 2024
    March 2024
    January 2024
    October 2023

    Categories

    All

Proudly powered by Weebly
  • About
  • Free Resources
    • Tadika >
      • Halaman Membaca
  • Bahasa Melayu
    • Menengah 1
  • English
  • Blog
  • Contact Us