Mengajar anak-anak membaca ialah satu usaha yang seronok dan mendatangkan kepuasan. Bayangkan melihat anak- anak yang mulanya tidak mengenal huruf dapat membaca dengan lancar dan kemudian berupaya membaca buku-buku sastera dan jurnal ilmiah di kemudian hari. Setiap anak bagaimanapun ada caranya tersendiri dalam belajar membaca dan kita tidak harus tergesa-gesa dalam hal ini. Kelima-lima anak-anak saya diajar membaca menggunakan kaedah Montessori dan Waldorf. Kaedah Montessori berdasarkan foniks dan antaranya menggunakan kad abjad kertas pasir, set abjad 3D, dan kad-kad membaca bertahap. Ini dilengkapkan dengan cara Waldorf yang meneroka setiap abjad melalui kraf dan cerita. Selain itu, kami sering ke perpustakaan dan di rumah mereka selalu dikelilingi buku. Suasana Montessori yang bebas berbual juga memudahkan pembelajaran membaca, walaupun ini tidak relevan untuk kami yang bersekolah di rumah kerana boleh berbual bila-bila masa sahaja. Mengikut Montessori anak-anak boleh diajar membaca dari umur 3 tahun. Namun, sebagai guru sendiri pada anak-anak yang sekolah di rumah, kita boleh mengikut kesediaan anak-anak itu sendiri. Kebolehan membaca bermakna berupaya menyuarakan abjad kepada perkataan yang digabungkan menjadi ayat yang membawa makna pada pembaca. Anak-anak saya mula membaca antara sebelum 4 tahun dan selepas 7 tahun. Saya tidak secara langsung mengajar Bahasa Melayu semasa mengajar membaca. Ini satu perkara yang saya kurang prihatin semasa mengajar anak-anak di rumah. Mereka hanya belajar Bahasa Melayu secara teratur dalam umur tujuh hingga sembilan tahun. Penggunaan abjad Bahasa Inggeris mempermudahkan pembelajaran membaca dalam Bahasa Melayu dan anak-anak boleh sahaja membaca dengan kebolehan dari Bahasa Inggeris. Namun kelemahan yang saya nampak dalam anak-anak yang belajar membaca dalam Bahasa Melayu lewat ialah petuturan yang berloghat Inggeris serta pembahagian suku kata yang salah. Tentunya mereka tidak selancar seperti dalam Bahasa Inggeris. Juga tahap pemahaman bacaan mereka lebih rendah berbanding mereka yang membesar dengan suasana perbualan dan tabiat membaca dalam Bahasa Melayu. Untuk mempermudahkan pengajaran membaca Bahasa Melayu untuk pelanggan, Learning Reimagined akan mengeluarkan kad-kad membaca secara berperingkat. Ia boleh didapati dalam bahagian 'Kad Membaca' di lelaman kami. Set pertama untuk peringkat Tadika sudah boleh tuan puan dapatkan di sana. Jika anda hanya ingin mendapatkan set membaca ini anda boleh ke akaun Learning Reimagined di TeachersPayTeachers. Pengasas, Learning Reimagined
0 Comments
Your comment will be posted after it is approved.
Leave a Reply. |
AuthorA retired homeschooler archiving old resources and researching new ones. Archives
April 2026
Categories |
